Quantcast
Channel: Ini Cerita Tentang Kami
Viewing all articles
Browse latest Browse all 119

Resepi pilihan cepat untuk ibu yang busy

$
0
0
Menu yang cepat adalah pilihan sejati ibu. Kalau nak cari resepi pun memang screen tengok cepat ka renyah. Peruntukan masa untuk persediaan masak tengah hari hanya 30 minit ja. So mai tengok apa menu pilihan ibu.

Menu pantas pilihan ibu:


1. Ayam masak stew

Bahan-bahan :
Ayam
Tepung gandum
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Cengkih
Garam
Ubi kentang jika ada
Cendawan jika ada

Cara-caranya:
1. Potong ayam kecil, letak tepung gandum dan garam dan goreng.
2. Angkat ayam
3. Tumis bawang, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih.
4. Masukkan air hingga mendidih.
5. Masukkan ayam.
6. Bancuh tepung yang dibancuh dengan air dan campur dalam masakan.
7. Masukkan sayuran jika mahu dan bila agak lembut tutup air dan siap.


2. Sayur campur..

Bahan-bahan:
Bawang untuk tumis
Lobak
Cendawan
Brokoli
Udang kering jika mahu
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang dan goreng udang kering seketika
2. Masukkan lobak yang dipotong kecil dahulu.
3. Kemudian cendawan dan brokoli.
4. Tambah air jika mahu kuah.
5. Bila sayuran agak lembut, tambah garam dan boleh tutup api. Jangan sampai layu!

3. Telur dadar

Bahan-bahan:
Bawang
Garam
Telur

Cara-cara :
1. Pukul telur
2. Tambah bawang yang dipotong halus dan sedikit garam.
3. Goreng, pusing telur dan siap!

Masakkan ni ibu masak kurang dari 30 minit termasuklah persediaannya sekali. Tangan sedikit macam sotong dan masak 2 menu serentak. Masa goreng ayam tu boleh potong dan masak sayur di dapur lagi 1. Dah siap sayur, masak telur.

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 119

Latest Images

Trending Articles



Latest Images